Latest Movie :
#

KAMI The Movie (2008) - DVDRip


Language: Malay | Genres: Drama | Subtitle: English



KAMI The Movie (2008) [DVDRip] - MHOmuveez
PLOT:
Kisah filem KAMI bermula dari detik berakhirnya siri TV-nya, apabila Abu (Nas T Muammar Zar) melarikan diri dari pusat pemulihan setelah bergaduh dengan seorang tahanan lain sehingga menyebabkannya terjatuh dari atas rumah ke tanah halaman, lalu bertemu kembali dengan empat orang rakan karibnya Ali (Syarul Ezani), Lynn (Liyana Jasmay), Adii (Ani Zayanah Ibrahim) dan Sofie (Juliana Evans) yang baru meraikan berakhirnya peperiksaan SPM dan zaman persekolahan mereka.
Mereka berlima bersantai di pinggir tasik. Lynn menyebut serangkap sajak dari buku 'Utopia Trauma' yang menarik minat Abu. Abu berjaya mencuri buku tersebut dari sebuah perpustakaan.
Abu meminta untuk menumpang di rumah Ali kerana masih belum bersedia menemui ibu bapanya, dan Ali bersetuju. Selepas itu, Abu menziarahi ibunya sekejap tetapi melarikan diri semula sebelum bapanya sempat melihat kelibatnya. Ibu Sofie (Susan Manen) ditinggalkan Jamal di saat perkahwinan mereka begitu hampir. Dia menerima surat penerimaan permohonan Sofie dari Universiti Norweden lalu menyorokkannya dalam beg tangannya.
Lynn sudah menghentikan keluaran fanzine KAMI tetapi masih lagi menyamar sebagai Teka-Teki dan mengulas muzik untuk pihak majalah Junk. Dia telah menulis satu ulasan yang kurang memberangsangkan mengenai kumpulan The Disasters yang diketuai oleh Ali. Ali juga bekerja di agensi pelancongan tetapi langsung tidak suka pekerjaan ini, lagi menghampakan apabila ibu bapanya sudah bercerai dan ibunya hendak kahwin lagi.
Di sebuah gig meetUncleHussain di kota yang dikunjungi lima sekawan ini, Lynn bertembung dengan Boy (Zahiril Adzim), pengedar dadah yang pernah melibatkan diri Lynn dalam kegiatan pengedaran dadah ketika tinggal di Kuala Selangor dahulu. Abu mencetuskan pergaduhan dengan menumbuk sahabat Boy seterusnya Ali pula bertumbuk dengan Boy. Menyedari kehadiran orang awam, mereka meninggalkan tempat tersebut.
Adii masih tertanya-tanya akan kehilangan rakan bual internetnya yang menggunakan ID 'Vanilla Ais'. Adii mengakui yang dia amat sayangkan Vanilla Ais. Oleh itu, Abu cuba memuaskan hati Adii dengan menemukan seorang lelaki berusia pertengahan tahun untuk menyamar sebagai Vanilla Ais. (Vanilla Ais sebenarnya ialah abang kepada Abu yang ditikam sampai mati dalam episod kelima siri TV).
Pak Din, penyelia di tempat Abu ditahan cuba mencari Abu dan berjaya, namun Abu melarikan diri. Di satu babak lain, Boy menghampiri Lynn sekali lagi, tetapi Ali masuk campur dengan mencampakkan wang ke muka Boy sebagai lunasan hutang Lynn kepada Boy. Lynn yang kurang senang dengan campur tangan Ali bertindak memarahinya. Boy pula mula berdendam dengan Ali atas campur tangan itu.
Setelah terdesak, Ali menghubungi Razak seorang "pusher" untuk mendapatkan bekalan pil khayal. Walaubagaimanapun panggilannya dijawab oleh Boy. Boy menyuruh Ali bertemu pekerjanya di satu tempat untuk mendapatkan bekalan tersebut. Ali terkejut apabila tiba di tempat yang dimaksudkan kerana Lynn menunggu di sana bersama bekalan dadah yang diminta dari Boy.
Kumpulan The Disasters iaitu kumpulan muzik Ali menghadiri sebuah lagi gig beraneka kugiran, tetapi meninggalkan pentas dengan tiba tiba akibat tidak tahan dengan masalah yang berlaku antara dia dan kawan-kawannya. Di luar ruang gig, Abu menegur Ali dan mereka berbaik. Akan tetapi, Ali meninggalkan Abu apabila Lynn pula datang dengan alasan mahu menyimpan gitarnya.
Apabila tiba di parking, Ali didatangi Boy dan pergaduhan tercetus. Abu yang menyedari Ali pergi terlalu lama cuba mencarinya di parkir tersebut. Boy cuba menikam Ali dari belakang tetapi tikaman itu terkena Abu. Dalam perjalanan ke hospital dengan menaiki kereta Ali, Abu meninggal dunia di atas pangkuan Lynn.
Beberapa hari kemudian, Lynn menyedari bahawa beg galas milik Abu ditinggalkan di gerai milik ibunya. Lynn menarik keluar sekeping sampul yang tertulis 'untuk: Adii' lalu mengeposkannya kepada Adii. Melalui kandungan sampul tersebut, Adii akhirnya mengetahui rahsia di sebalik kehilangan Vanilla Ais.

Di akhir cerita, Ali meninggalkan kerjanya sebagai promoter agensi perlancongan dan kembali menyertai The Disasters dalam sebuah lagi gig. Sophie pula mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Ali menyerahkan buku sajak Utopia Trauma milik Abu yang ditemuinya di bahagian tempat duduk belakang kereta. Abu meninggalkan pesanan berbunyi "Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada", yang juga merupakan tagline filem Kami. Babak akhir cerita menunjukkan Ali dan Lynn berbual di hadapan rumah Lynn, sebagai tanda hubungan mereka yang kembali pulih.
Share this article :

Post a Comment

 
Uploader : yat-isaboy
Copyright © 2013. Tonton Movie Online by Malaysian | MHOmuveez - All Rights Reserved
Tonton Movie Online by Malaysian | MHOmuveez
Proudly powered by Blogger